PROJEK PEMINDAHAN DAN PEMBINAAN SEMULA SURAU JABAL NUR DAN SEKOLAH AGAMA KAFA INTEGRASI JABAL NUR,
TAMAN SRI GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN

MENGAPA SURAU DAN SEKOLAH PERLU DIPINDAHKAN DAN DIBANGUNKAN SEGERA ?

  1. Tapak surau dan sekolah sekarang terletak di lokasi yang tidak sepatutnya walaupun ia terletak di lot yang sebenar. Keadaan ini berlaku disebabkan pada peringkat awal pembinaan tidak mengambilkira pembahagian yang terancang menyebabkan 75% kedudukan surau sekarang berada pada kedudukan penyerahan rizab jalan dan tanah individu yang terdapat dalam geran. Begitu juga dengan kedudukan sekolah yang ada sekarang. Justeru tapak surau yang baru nanti akan dikongsi bersama dengan sekolah.
  2. Pertambahan penduduk serta peningkatan jemaah yang mengimarahkan surau menyebabkan surau sediada tidak dapat menampung keperluan jemaah yang ramai.
  3. Peningkatan pelajar di sekolah pula begitu ketara sekali disebabkan pertambahan taman perumahan baru di sekitar surau sehingga pihak sekolah terpaksa menolak permohonan ibubapa disebabkan kekurangan kemudahan bilik darjah.
  4. Keadaan surau dan sekolah agama yang telah uzur sangat memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan. Sebahagian besar struktur surau dan sekolah menggunakan kayu terpakai dan banyak kayu yang telah reput dan di makan anai-anai. Manakala struktur yang menggunakan batu pula telah banyak yang retak. Begitu juga bumbung hampir 60% telah berkarat dan bocor dan memerlukan penggantian.
  5. Pihak tuan tanah bagi tapak surau dan sekolah agama sediada telah meminta pihak SJN berpindah kelokasi sebenar seperti yang terdapat di dalam geran. Tempoh yang diberikan oleh tuan tanah kepada pihak SJN untuk berpindah adalah 2 + 1 tahun. Ini adalah faktor masa yang perlu diambil kira untuk mengumpul dana dan memulakan kerja-kerja pembinaan.
  6. Pihak SJN pula perlu memenuhi syarat dan keperluan serta pengesahan Perbadanan Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu pihak SJN perlu menyediakan 70% dari kos keseluruhan pembinaan sebelum diberi kelulusan membina surau dan sekolah agama. Dengan itu, kos pembinaan perlu dikurangkan agar wang tabungan 70% dapat dicapai dengan lebih cepat.
TAPAK SURAU DAN SEKOLAH

Surau dan sekolah agama yang baru akan dibangunkan dilokasi sebenar, iaitu di atas tanah bahagian wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Keluasan tanah wakaf ialah 0.86 ekar dari keseluruhan lot iaitu5.2 ekar.

Kebenaran membangunkan surau dan sekolah telah pun diperoleh dari pihak MAIS melalui rujukan surat JAI.Sel.BPM/01/035/111(6) bertarikh 14 Zulhijjah 1436H bersamaan 28 September 2015M.

Surau dan sekolah agama sediada akan terus digunakan sehingga surau dan sekolah baru siap sepenuhnya.Namun ia tertakluk kepada budibicara pihak tuan tanah apabila syarat tempoh berpindah kelokasi baru telah tamat.

ANGGARAN KOS PEMBINAAN

Anggaran awal kos pembinaan surau dan sekolah berjumlah RM5.1 juta. Dari jumlah tersebut, pecahan nilai kos pembinaan ialah RM3 juta bagi sekolah agama dan RM2.1 juta bagi surau.

Memandangkan kos yang terlalu tinggi, Ahli Jawatankuasa Pembinaan (AJKP) SJN telah bermesyuarat dan memutuskan kos tersebut perlu dikurangkan kepada nilai jumlah kos pembinaan keseluruhan sebanyak RM3.5 juta dengan RM2 juta bagi pembinaan sekolah agama dan RM1.5 juta bagi pembinaan surau. Pengurangan kos terpaksa di buat kerana AJKP merasakan amat sukar untuk mengumpul dana sebesar yang di rancang pada peringkat awal. Reka bentuk bangunan surau dan sekolah terpaksa dipinda agar kos pembinaan dapat dikurangkan.

Bagi mendapatkan dana untuk pembinaan surau dan sekolah agama, pelbagai usaha dan pendekatan telah dilaksanakan. Antaranya:

  1. Penglibatan Ahli Qariah
    • Ahli Qariah digalakkan menyertai kaedah sumbangan dana RM200.00 setiap keluarga dan boleh dibuat secara ansuran.Namun sumbangan sedemikian bukanlah suatu paksaan.
    • Meminta kerjasama ahli qariah turut serta dalam mendapatkan dana dan terlibat secara langsung dalam urusan mendapatkan dana seperti penyediaan tabung dana pembangunan dan diletak di tempat-tempat tumpuan seperti restoran-restoran dan kedai-kedai.
    • Kutipan Hari Jumaat: Membuat kutipan pada waktu solat Jumaat di masjid-masjid di sekitar daerah Gombak.

  2. Pendekatan Memohon Daripada Dermawan Individu dan Korporat:
    AJK Pembangunan SJN senantiasa membuat permohonan memohon sumbangan daripada pihak dermawan individu dan korporat melalui skim atau prosedur Kutipan Wakaf Khas di bawah Perbadanan Wakaf Selangor, MAIS.

  3. Pendekatan Memohon Daripada Dermawan Individu dan Korporat:
    Membuat hebahan dan tawaran kepada qariah dan orang ramai untuk menyumbang setiap kali majlis-majlis agama dan program kemasyarakatan yang diadakan di Surau Jabal Nur termasuk faedah pengecualian cukai keatas derma dan sumbangan wang yang disalurkan.
KAEDAH SUMBANGAN DAN DERMA

Pihak SJN sangat mengalu-alukan sumbangan para dermawan samada dalam bentuk kewangan dan material bagi membantu usahapengumpulan dana pembinaan surau dan sekolah agama SJN. Sila berhubung dengan wakil AJK Pembinaan SJN berikut untuk urusan perbincangan dan derma:-

  • TUAN HAJI ABU BAKAR BIN DADOO (012-475 1447)
  • TUAN HAJI MOHD HAWARI BIN ABDUL AZIZ (012-392 9043)
  • TUAN HAJI AHMAD FAUDZI BIN GHAZALI (012-324 8869)

Sumbangan kewangan boleh terus disalurkan melalui Akaun Surau (Pembinaan) berikut:-

  • MAYBANK 564221218106 SURAU JABAL NUR

Resit bayaran derma akan disediakan atas permintaan.

KESIMPULAN, HARAPAN DAN DOA

Penerangan ringkas ini di harap dapat memberi gambaran, kefahaman dan keyakinan mengenai keperluan projek pemindahan dan pembinaan semula surau dan sekolah agama serta usaha-usaha yang dijalankan untuk mengumpulkan dana untuk pembinaan. Semoga usaha-usaha murni, derma dan sumbangan yang diberi oleh semua pihak akan diberkati dan diberi ganjaran oleh Allah SWT. INSYA ALLAH.

Gambar-gambar Surau Jabal Nur dan Sekolah Agama KAFA Integrasi
Lokasi Tapak Pemindahan Surau dan Sekolah Agama

Kawasan dan Lokasi Tapak Surau Jabal Nur dan Sekolah Agama
 
CADANGAN REKABENTUK DAN ILLUSTRASI SURAU JABAL NUR DAN SEKOLAH AGAMA