Surau Jabal Nur (SJN) mula didirikan pada tahun 1995 di atas sebahagian Lot 3342 yang terletak di antara persimpangan
Jalan SG 9/8, Jalan 8/1 dan Jalan Muhibbah, Taman Seri Gombak bagi memenuhi keperluan serta memudahkan umat Islam di kawasan
penduduk Fasa 8 dan sebahagian Fasa 9 serta taman-taman bersebelahan surau untuk menjalankan aktiviti-aktiviti agama dan
kemasyarakatan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Kuliah Maghrib dan Subuh, Kelas Al-Quran (Tajwid danIqra’),
Kelas Bahasa Arab dan Ibadah Qurban. SJN juga sering dijadikan tempat Majlis Pernikahan dan Perkahwinan, Majlis Tahlil dan Doa Selamat oleh ahli-ahli qariah
serta kepada pihak luar qariah yang memerlukan. Sekolah Agama KAFA Integrasi Jabal Nur pula mula dibangunkan di atas lot yang sama pada tahun 1997 bagi memenuhi keperluan
anak-anak qariah mempelajari ilmu fardu Ain. Kini jumlah pelajar adalah seramai tiga ratus lima puluh (350) orang dan guru seramai
enam (6) orang. Pelajar-pelajar yang mendaftar di sekolah agama kini telah melangkaui individu dari luar qariah kerana ia merupakan antara sekolah
agama terbaik di Negeri Selangor juga antara yang terendah dari segi yuran berbanding sekolah agama yang lain. |